SUKAN LAIN
Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia: Arsyad Md Saat tarik diri
Atlet pecut negara, Muhammad Arsyad Md Saat, menarik diri dari saingan Kejohanan Tertutup Malaysia yang akan bermula Sabtu ini.
Arsyad mengalami kecederaan ketika menjalani latihan dan tidak sempat pulih sepenuhnya untuk bersaing dalam acara yang disertainya, 100 meter dan 200 meter.
Pengendalinya, Md Poad Md Kassim, berkongsi lebih lanjut mengenai keadaan terkini arsyad selain menaruh harapan tinggi bahawa dua lagi anak buahnya, Khairul Hafiz Jantan dan muhammad Haiqal Hanafi mampu mencapai sasaran masing-masing.
Iklan
"Arsyad mengalami kecederaan hamstring dan telah menjalani proses pemulihan ketika ini," kata Md Poad.
"Saya telah melakukan catatan 10.5 saat di Uzbekistan, beraksi dalam kejohanan ini adalah usaha untuk mendapatkan semula tempat dalam acara individu," kata Khairul Hafiz.
Sementara itu, jaguh lempar cakera negara, Queenie Ting, sedia memulakan musim 2023 Sabtu ini.
Queenie menyasarkan balingan lebih daripada 50 meter, namun tidak menolak kemungkinan bakal memecah rekod kebangsaan buat kali kelima dalam kejohanan tersebut.
Must-Watch Video