Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Olahraga Terbuka Terengganu Cahya Mata: Izzatul realisasi impian lari bersama idola

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

izzatul.jpg
Ratu pecut dalam pembikinan -- Izzatul Musfirah Ahmad Kamal, yang merealisasikan impiannya berlari bersama idolanya, Zaidatul Husniah Zulkifli, di pentas Kejohanan Olahraga Terbuka Terengganu Cahya Mata.

Izzatul yang memegang status ratu pecut remaja Asia ketika dirinya masih berusia 16 tahun -- sudah mendapat bayangan masa hadapannya apabila mengejar kepantasan Zaidatul di pentas akhir acara 200 meter.

Bukan kilauan pingat emas yang dicari sebaliknya Izzatul mahu merasai pengalaman berlari ditinggalkan idolanya itu bagi tujuan pembelajaran dan peningkatan prestasi pada masa hadapan.

Izzatul sudah mengecapi pelbagai kejayaan di saingan peringat umur -- dan menjadikan kejohanan elit itu sebagai medan menguji ketahanan mental dan fizikal.

Dengan pengakhiran selaku pelengkap podium -- Izzatul sudah ada ramuan tersendiri untuk menjadi pelari disegani seperti idolanya Zaidatul Husniah.

"Ini peluang yang amat baik bersaing dengan barisan senior saya," kata Izzatul. 

"Ia meningkatkan semangat dan motivasi malah membantu saya untuk memperbaiki lagi larian saya."

Advertisement

Must Watch Video