Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Olahraga Terbuka Terengganu Cahya Mata: Izzatul Musfirah jelmaan Azeem Fahmi, mahu saingi Zaidatul Husniah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

izzatul.jpg
Ratu pecut remaja Asia Tenggara, Izzatul Musfirah, sedia mengetepikan sentimen 'idola' sambil menyambut baik perseteruan bersama pelari senior, Zaidatul Husniah Zulkifli, dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Terengganu Cahya Mata

Walaupun baru mencecah usia 16 tahun, Izzatul sudah mengecapi pelbagai kejayaan seperti pingat emas Terbuka Malaysia berhasrat untuk melebarkan sayapnya di saingan elit.

Pelari muda itu mahu menguji ketahanan fizikal demi mencapai kelajuan optimum tatkala bersaing dengan pelari kebangsaan, Zaidatul, dalam acara 200m dan 4X100m.

Atlet kelahiran Terengganu itu turut diberi jolokan 'Azeem Fahmi' versi wanita ekoran tahap keyakinan dan kelajuan yang dimilikinya mirip pelari negara itu.

"Ini merupakan peluang terbaik bersaing dengan pelari senior dan merupakan idola bagi saya.

"Saya harus menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri kerana saya sudah serasi dengan trek di sini tatkala mampu meningkatkan semangat serta motivasi.

"Saya tidak gentar! Saya jadikan ini sebagai medan untuk menampilkan persembahan berkualiti," katanya.

Advertisement

Must Watch Video