Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Olahraga Terbuka Terengganu Cahya Mata: Fakrul Afizul permata baru acara 400 meter lari berpagar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fakrul.jpg
Permata baru pelari jarak sederhana olahraga negara, Muhammad Fakrul Afizul Nasir, memperagakan bakat besar yang dimilikinya di hadapan Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim, dengan harapan akan diberikan pendedahan di peringkat antarabangsa.

Menyedari acara 400 meter lari berpagar bukanlah acara tumpuan, namun jika diberikan ruang buat dirinya maka tidak mustahil kilauan pingat di Sukan Sea Thailand 2025 mampu direalisasikan.

Fakrul tidak pernah menyangka, tindakan jurulatihnya, Amirul Naim Abdul Ghani, yang memperkenalkan acara 400 meter lari berpagar kepada dirinya akan mengubah hala tuju karier olahraganya sehingga muncul sebagai pemegang rekod kebangsaan di usia 19 tahun.





Fakrul kini mahu mengulangi sensasi tahun lalu dengan meletakkan sasaran memperbaharui rekod kebangsaan miliknya di Sukan Malaysia Sarawak (Sukma) dengan syarat harus menguasai tiga elemen terpenting dalam lariannya.

"Dalam acara 400 meter berpagar ini perlu ada ketahanan, teknik dan kelajuan dalam setiap atlet kerana jika kurang satu maka larian mereka tidak akan sempurna.

"Saya mula pada tahun 2022 sebelum Sukma, jurulatih saya yang suruh lakukan percubaan walaupun pada awalnya saya berasa ragu tetapi lepas cuba saya mula selesa.

"Sasaran saya pada Sukma nanti adalah untuk pecahkan rekod saya sendiri." katanya kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video