Jurulatih olahraga jarak jauh dan sederhana negara, Mohd Jironi Riduan, berhasrat untuk melihat kemampuan pelari bimbingannya dalam memperbaiki catatan masa masing-masing menjelang Kejohanan Terbuka Perlis Super Series 5 Cahya Mata Sarawak 2024.

"Untuk kejohanan di Perlis nanti, prospek yang saya dapat lihat atlet di bawah jagaan saya adalah saya ingin melihat catatan mereka.

"Setiap atlet saya akan letakkan matlamat serta sasaran yang mereka perlu capai dalam setiap super series selain mengekalkan kedudukan ranking mereka secara konsisten.

"Kita juga melihat dari segi pencapaian pingat juga dan tetapi perkara paling penting adalah saya ingin melihat catatan masa mereka," kata Mohd Jironi Riduan.






Sementara itu, pelari 800 meter, Anas Ariffin, pula mengakui berasa tertekan bagi menghadapi saingan super series kali ini memandangkan dia diberikan tugasan untuk beraksi dalam acara 800 meter dan bukannya acara kegemarannya iaitu 1500 meter.

Anas yang baru diserapkan ke Program Podium pada awal Oktober lalu, fokus untuk merekodkan catatan peribadi terbaik iaitu 3 minit 54.65 saat pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di Surabaya dan Malang, Ogos lalu.

"Ketika di AUG, jika diikutkan dalam acara 1500 meter saya dapat melakukan rekod terbaik peribadi saya. Dan dengan rekod itu juga saya dapat masuk ke program podium.

"Kini saya bermain dalam acara 800 meter jadi saya akan cuba untuk lakukan yang terbaik ketika di Perlis nanti." katanya kepada Nadi Arena.