OLAHRAGA
Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata: Rizzua Haizad mahu menang lagi, sasar larian bawah 14 saat
Menjelang Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak 2024, pelari 110m berpagar negara, Rizzua Haizad, mahu merekodkan catatan di bawah 14s selain mahukan saingan kompetitif di Stadium Mini Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, hujung minggu ini.
Acara tersebut sekali lagi bakal didominasi olehnya apabila berhadapan situasi menang mudah termasuk mengekalkan penampilan sempurna.
Pun begitu, Rizzua tidak mahu sentiasa bermegah diri sebaliknya ingin mengelakkan diri daripada terus kekal di zon selesa.
Iklan
"Alhamdulillah saya memenangi kesemua kejohanan terbuka sebelum ini termasuk menyimpan hasrat untuk menamatkan larian di bawah 14 saat di Terbuka Perlis.
"Saya merasakan ini adalah peluang terbaik ekoran keselesaan pemasangan trek baru yang lebih selesa.
"Memang bagus jika mereka ingin menewaskan saya kerana saya menganggap ia sebagai cabaran, namun saya tegaskan bahawa saya tidak mahu kalah dengan pesaing baru.
"Ada yang berbakat tetapi saya takkan memandang remeh terhadap mereka," katanya kepada Nadi Arena.
Must-Watch Video