OLAHRAGA
Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata: Avinashwer Austin sasar catatan terbaik acara 800 meter
Pelari jarak sederhana, Avinashwer Austin, menunjukkan perkembangan positif apabila selesai menjalani proses rehabilitasi demi mendapatkan semula rentaknya untuk kembali kepada prestasi sebenar selepas mengalami kecederaan hamstring, Mac lalu.
Menjelang Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata Super Series 5, Avinashwer mensasarkan catatan masa terbaik dalam acara 800m di kejohanan tersebut.
"Di sana, saya mahu merekodkan musim terbaik kerana tahun ini saya hanya menyertai dua kejohanan sahaja.
"Ketika mengalami kecederaan, saya sudah terlepas banyak pertandingan jadi saya tidak meletakkan sasaran tinggi kerana yang paling penting ialah saya mahu buat catatan terbaik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Program pelapis kebangsaan bersama Mohd Jironi Riduan sebagai jurulatih mampu memberi tonik tambahan demi meraih catatan masa peribadi terbaik buat pelari 800m dan 1500 wanita, S. Geetha.
"Jurulatih memang memahami keadaan semasa saya berkenaan kecederaan ataupun kesihatan mental termasuk sentiasa memberikan sokongan dalam susah dan senang," katanya.
#Olahraga
#Avinashwer Austin
#Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata Super Series 5
#S. Geetha