OLAHRAGA
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata: Shereen Samson Vallabouy pamer kelas tersendiri tawan 400m wanita
Ratu 400 meter negara, Shereen Samson Vallabouy, meletakkan dirinya dalam kelas tersendiri ketika meraih pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata.
Bermula dengan baik sejak dari blok permulaan, Shereen menamatkan lariannya dengan catatan 52.45 saat untuk meninggalkan pencabar kedua, Nurul Aliah Maisarah, yang merekodkan 57.18s di Stadium Darulmakmur, Kuatan, sebentar tadi.
Dalam masa sama, atlet Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Nurul Faizah Asma yang mencatat 57.61s memungut gangsa.
Menurut Shereen, meskipun jarak prestasi mereka jelas ketara tetapi tetap yakin atlet muda negara yang meningkat naik mampu menjanjikan prestasi yang lebih baik sekiranya dibekalkan peluang serta latihan yang secukupnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurutnya lagi, walaupun sasaran untuk membuat catatan 51 saat tidak berjaya direalisasikan, namun dia menganggap ini adalah peluangnya membuat persediaan sebelum menyertai Kejohanan Terbuka Kazakstan, sekali gus merebut slot secara merit ke Sukan Olimpik 2024.