Pemegang rekod kebangsaan 400m wanita, Shereen Samson Vallabuoy, bakal membawwa cabaran dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata Sarawak di Kuantan, bermula Jumaat ini.

Pelari kelahiran Ipoh itu dalam momentum terbaik selepas memecah rekod kebangsaan dengan catatan 51.79 saat di Amerika Syarikat (AS) bulan lalu.

Justeru, dia pasti memasang impian untuk kelayakan merit ke Sukan Olimpik Paris yang meletakkan had 50.95s untuk layak hingga 7 Julai ini.