Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata Sarawak: Misi Azeem cabar pelari Indonesia, Australia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azeem.jpg
Menjelang Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan, pelari terpantas negara, Muhammad Azeem bin Mohd Fahmi akan membuat kemunculan bagi meraih gelaran di hadapan peminat tempatan.

Selain itu, kejohanan tersebut akan disertai oleh atlet dari Rusia, Singapura, Australia, Myanmar, Bangladesh, Indonesia, India, Nambia dan Filipina, minggu depan.

Jurulatih olahraga kebangsaan, Poad Kassim, tidak gentar dengan penampilan beberapa atlet luar termasuk wira negara, Azeem Fahmi yang turut memberi cabaran dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata Sarawak 2024.

Azeem yang cemerlang membantu Universiti Auburn meraih pingat emas acara 4x100m dalam Kejohanan Trek dan Padang, Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Oregon, Amerika Syarikat, berada dalam momentum terbaik untuk membantu rakan sepasukan yang lain mengharumkan nama negara.

Advertisement

Must Watch Video