OLAHRAGA

Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata Sarawak: Jonah Chang Rigan enggan terlalu yakin

Shaiful Shamsudin 12/06/2024 | 10:18 MYT
Selain acara riben biru Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata Sarawak, tumpuan barisan kejurulatihan negara terarah kepada Jonah Chang Rigan selepas atlet kelahiran Sarawak itu melakar rekod kebangsaan sebanyak tiga kali dalam Terbuka Pahang, bulan lalu.
Bakal beraksi di venue yang sama Terbuka Malaysia iaitu Stadium Darulmakmur, pemegang rekod lontar peluru negara sejauh 18.46 meter itu sebaliknya mengambil pendekatan untuk tidak terlalu memikirkan soal mmeperbaharui rekod kebangsaan, sebaliknya memahami keadaan fizikalnya ketika ini.
Menerusi perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis, Jonah mengimbas kembali detik kejatuhan prestasinya apabila terlalu mendesak untuk mencipta rekod hingga mengabaikan teknik lontarannya.
Di atas kertas, Jonah merupakan atlet kedua terbaik di rantau ASEAN dengan catatan 18.46 meter.
Ramai yang kata seseorang atlet itu tahu ketika dia berada di kemuncak.
"Tapi kali ini saya tidak mahu meletakkan harapan tinggi dan terlalu yakin.
"Jadi saya tahun ini saya tumpukan setakat Terbuka Malaysia dan Sukma (Sukan Malaysia)," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
#Olahraga #Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata Sarawak
;