OLAHRAGA
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata Sarawak: Jonah Chang pahat status raja lontar peluru
Atlet lontar peluru negara, Jonah Chang Rigan, meneruskan dominasi dalam acara lontar peluru susulan kejayaan meraih pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata Sarawak sebentar tadi.
Jonah Chang meraih pingat emas pertama dalam kejohanan yang berlangsung di Kuantan dengan lontaran sejauh 17.89 meter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas semalam berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara lempar cakera, Jonah membalas dendam dalam acara kegemarannya.
Pemegang rekod lontar peluru negara sejauh 18.46 meter itu gagal mengulangi pencapaian yang diraih di Terbuka Pahang, namun ia ternyata meletakkan dirinya dalam kelas tersendiri.
Atas kertas, Jonah merupakan atlet kedua terbaik di rantau ASEAN ketika ini.
Ikuti laporan lanjut menerusi Nadi Weekend jam 7.30 malam.