Stadium Darulmakmur, Kuantan, bakal jadi medan buat atlet olahraga untuk Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata Sarawak 2024.

Ia turut menghimpun atlet dari negara lain termasuklah Russia, Singapura, Australia, Indonesia dan beberapa lagi untuk merebut gelaran terbaik edisi kali ini.

Jaguh Asia Tenggara 2019, Muhammad Haiqal Hanafi, menyambut baik kedatangan atlet sensasi negara, Azeem Fahmi, dalam siri yang bermula Jumaat ini.

Tidak menganggap ia satu tekanan, Haiqal sebaliknya ingin menggunakan peluang keemasan itu untuk berentap bersama pelari pecut hebat lainnya termasuk dari sembilan negara yang akan menyertai kejohanan kali ini.

"Kehadiran Azeem Fahmi tidak menghadirkan kegerunan dalam kalangan pelari lain dan memandangkan dia makin maju, kelibatnya boleh membantu kami untuk merakam catatan yang lebih baik.





Pelari berusia 25 tahun itu turut meletakkan sasaran untuk memperbaiki catatan masa peribadi terbaiknya yang merekodkan 10.35 saat.

"Kalau dapat naik podium merupakan satu bonus dan yang penting adalah catatan masa larian," katanya ketika ditemui di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil, hari ini.