Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata: Meski bergelar juara, Sadat Marzuqi akui masih simpan taring

Muhammad Saufi
Jun 16, 2024 20:31 MYT
Jaguh baling tukul besi negara, Sadat Marzuqi, membuktikan bahawa dia layak menerima gelaran itu apabila mencatat balingan sejauh 55.15 meter sekaligus meninggalkan pencabar kedua dari Bangladesh dan ketiga dari Sarawak dengan masing masing hanya merekodkan balingan sejauh 50.28 meter dan 49.42 meter.

Jaguh baling tukul besi negara, Sadat Marzuqi membuktikan dia sememangnya layak menerima gelaran sebagai juara.#OlahragaTerbukaMalaysiaCahyaMata2024 #NadiWeekend #AstroArena pic.twitter.com/O22a0WEkjV

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Sadat, walaupun balingan itu bukan rekod terbaiknya namun dia sedar kejohanan kali ini bukan medan yang tepat untuk mengeluarkan prestasi sebenar.
Tambahnya lagi, meskipun kini masih menjalani program latihan mengikut yang disusun oleh bekas jurulatihnya, namun dia komited bakal mengegarkan negara jiran, Indonesia ketika mengikuti Kejohanan Sukan Universiti ASEAN nanti.
#Olahraga #Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata, #lempar tukul #sadat marzuqi