Jaguh baling tukul besi negara, Sadat Marzuqi, membuktikan bahawa dia layak menerima gelaran itu apabila mencatat balingan sejauh 55.15 meter sekaligus meninggalkan pencabar kedua dari Bangladesh dan ketiga dari Sarawak dengan masing masing hanya merekodkan balingan sejauh 50.28 meter dan 49.42 meter.


Menurut Sadat, walaupun balingan itu bukan rekod terbaiknya namun dia sedar kejohanan kali ini bukan medan yang tepat untuk mengeluarkan prestasi sebenar.

Tambahnya lagi, meskipun kini masih menjalani program latihan mengikut yang disusun oleh bekas jurulatihnya, namun dia komited bakal mengegarkan negara jiran, Indonesia ketika mengikuti Kejohanan Sukan Universiti ASEAN nanti.