Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata: Azeem Fahmi kandas dalam separuh akhir 200m gara-gara 'false start'
Muzaffar Musa
Jun 14, 2024 20:39 MYT
Jun 14, 2024 20:39 MYT
Raja pecut negara, Azeem Fahmi, kandas dalam separuh akhir acara 200m Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 di Stadium Darul Makmur, Kuantan gara-gara false start.
Menurutnya, ada faktor luar menjadi punca kepada kegagalan itu tetapi lebih menekankan kepada kesilapannya sendiri.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, dia berkata: "Mungkin ada (gangguan luar) sebab saya sendiri sudah lama tidak lari (dalam acara) 200 meter.
"Saya benar-benar mahu menunjukkan kemampuan saya. Ia bukan rezeki saya lah.
"Saya akan lakukan yang terbaik dalam 100 meter esok. Insya-Allah semoga ada rezeki lain.
"Terima kasih kepada semua yang masih lagi menyokong dan kepada yang mahu datang menonton acara 100 meter esok, bolehlah beramai-ramai datang ke Stadium Darul Makmur," katanya.
Reaksi Azeem Fahmi selepas harapan untuk peraga aksi dalam acara 200m gagal ekoran “false start” Menurutnya beberapa faktor luar jadi punca namun lebih menekankan ini kesilapannya sendiri. #TerbukaOlahragaMalaysiaCahyaMata2024 @ASTROARENA pic.twitter.com/qxr55OuPO4
— Syifa Nasir (@syfansr) June 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.