Raja pecut negara, Azeem Fahmi, kandas dalam separuh akhir acara 200m Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 di Stadium Darul Makmur, Kuantan gara-gara false start.

Menurutnya, ada faktor luar menjadi punca kepada kegagalan itu tetapi lebih menekankan kepada kesilapannya sendiri.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, dia berkata: "Mungkin ada (gangguan luar) sebab saya sendiri sudah lama tidak lari (dalam acara) 200 meter.

"Saya benar-benar mahu menunjukkan kemampuan saya. Ia bukan rezeki saya lah.

"Saya akan lakukan yang terbaik dalam 100 meter esok. Insya-Allah semoga ada rezeki lain.

"Terima kasih kepada semua yang masih lagi menyokong dan kepada yang mahu datang menonton acara 100 meter esok, bolehlah beramai-ramai datang ke Stadium Darul Makmur," katanya.