Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata: Atlet lompat bergalah Sarawak cekalkan hati muka nyaris terhempas ke balapan
Shaiful Shamsudin
Jun 18, 2024 12:32 MYT
Jun 18, 2024 12:32 MYT
Kegagalan dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata tidak akan melemahkan semangat atlet lompat bergalah Sarawak, Hennes Ho Kai Lun.
Atlet berusia 17 tahun itu berdepan prestasi yang serba tidak menjadi ketika berkunjung ke Stadium Darulmamkur apabila gagal dalam percubaannya, hujung minggu lalu, malah tercedera berikutan lonjakannya tidak cukup untuk melepasi palang hingga mendarat di atas balapan.
"Saya sedikit kecewa (dengan prestasi sendiri).
"Mungkin teknik daripada segi kelajuan larian saya masih belum mencukupi.
mantap dik.. teruskan usaha?? ?olahragamalaysia
Posted by Kementerian Netizen Malaysia on Monday, June 17, 2024
"Saya pun tidak tahu apa yang difikirkan (ketika itu) tapi saya harap boleh mewakili Malaysia pada satu hari kelak," katanya.
Hennes Ho menggondol pingat perak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) menerusi catatan 4.20m di Seremban tahun lalu.
Dengan usia masih muda, Hennes Ho masih mempunyai banyak waktu untuk memperbaiki teknik lompatan bergalahnya.