Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024: Penganjuran di Kuantan banyak ketengahkan potensi baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

robert.jpg
Saingan Terbuka Pahang Cahya Mata Super Series III menyaksikan banyak keputusan positif melibatkan atlet kebangsaan selain beberapa nama pelapis yang mempunyai potensi berbakat untuk diketengahkan.

Dalam usaha atlet negara mencari peluang mengisi slot Sukan SEA 2025, persaingan kejohanan olahraga tersebut tampak menarik untuk dirumuskan.

"Kita merekodkan peningkatan ketara di mana banyak acara melepasi sasaran yang ditetapkan. Secara keseluruhan, setiap atlet mempamerkan mutu kualiti yang tinggi dan mempersembahkan aksi yang bertenaga di sebalik bersaing bersama atlet senior dan pelapis negara," kata pengarah teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard.

Penganjuran itu mampu menjadi platform terbaik untuk setiap atlet melebarkan cabaran atas misi yang berbeza di lapangan mereka.

Selepas ini, saingan di Terbuka Terengganu dijangka menarik apabila bakal dianjurkan pada sebelah malam demi membangkitkan kelainan kepada setiap atlet yang akan menyertainya nanti.

"Penganjuran pada sebelah malam sudah tentu dinantikan oleh setiap atlet dan dijangka akan kelihatan menarik kerana sedikit sebanyak akan membangkitkan semangat setiap atlet untuk menunjukkan aksi yang cemerlang," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video