Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024: Azeem Fahmi sedia galas tugas atlet terpantas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azeem_1.jpg
Menjelang Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan, akan disertai atlet dari Rusia, Singapura, Australia, Myanmar, Bangladesh, Indonesia, India, Nambia dan Filipina, minggu depan. 

Dalam masa sama, atlet sensasi negara, Muhammad Azeem bin Mohd Fahmi, turut membuat penampilan selepas cemerlang membantu Universiti Auburn meraih pingat emas acara 4x100m dalam Kejohanan Trek dan Padang, Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Oregon, Amerika Syarikat, sebentar tadi.

Menerusi kenyataan di laman media sosialnya, Azeem akan kembali ke tanah air untuk berjuang mewakili Malaysia dalam kejohanan tersebut. 
 
Saksikan kupasan dan berita lebih lajut menerusi Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video