Kejayaan menduduki podium di Kejohanan Olahraga Remaja Selangor, membuahkan rasa yakin buat atlet rejam lembing Sabah, Maryjane Juberin, dalam persipan menuju Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak, Ogos depan.

Menerusi catatan 35.64 meter, Maryjane mengungguli kedudukan utama podium dengan di perbezaan 4 meter daripada peserta Johor, Xuan Lim.

Bgeitupun, dia berjaya mengatasi tekanan dan desakan keluarga untuk melupakan sukan kegemarannya itu ekoran kecederaan ACL yang pernah dialami 2 tahun lalu.

Tetapi atlet kelahiran Sabah itu mempunyai alasan yang kukuh untuk terus kekal dalam acara merejam lembing kerana mempunyai cita-cita untuk berjaya lebih tinggi.

"Saya kurang berpuas hati dalam lontaran tadi kerana teknik pelepasan masih kurang baik.

"Perkara itu saya tidak banyak berfikir dan melakukan perkara yang boleh melupakan dan kurang berfikir.

"Keluarga kurang setuju saya sambung pada sukan tetapi cita-cita saya lebih tinggi untuk berjaya.