Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Olahraga Dunia: Hup Wei berdepan tugas getir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-hup-wei.jpg
Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, berdepan tugas getir dalam Kejohanan Olahraga Dunia di Doha, Qatar bermula 27 September ini apabila ketinggian peringkat kelayakan ditingkatkan kepada 2.17 meter.

Setiap atlet perlu melepasi ketinggian 2.31 meter atau menghuni ranking ke-12 terbaik peringkat kelayakan untuk layak ke final.

Ia satu cabaran buat Hup Wei yang akan membuat penampilan sulungnya dalam kejohanan itu.

Dia yang mencatatkan ketinggian 2.27m sebagai catatan terbaik musim ini, terpaksa menukar teknik lompatan selepas pulang daripada menyertai dua kejohanan di Uzbekistan bulan lalu.

"Bagi saya, ia satu pengalaman terbaik untuk memburu kejayaan seterusnya.

"Saya hanya perlu menukar sedikit teknik larian untuk menyertai kejohanan yang akan datang," katanya.

Pemegang rekod kebangsaan, Nauraj Singh, terkandas di peringkat kelayakan walaupun melepasi ketinggian 2.26m dalam Kejohanan Dunia tahun lalu.

Saingan itu dimenangi jaguh Qatar, Mutaz Essa Barshaim, dengan ketinggian 2.35m.

"Sekarang saya boleh rasa yang saya masih belum capai tahap untuk layak ke Sukan Olimpik.

"Tetapi jika saya benar-benar cergas, saya boleh mencapai (ketinggian) 2.30 dan 2.31 (meter) untuk meningkatkan ranking dunia," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video