OLAHRAGA

Kejohanan Olahraga Dunia B20: Kuartet Thailand raih gangsa

Ammar Hakim 01/09/2024 | 00:32 MYT
Kuartet 100 meter Thailand Bawah 20 berjaya menamatkan saingan memenangi pingat gangsa dalam Kejohanan Olahraga Bawah 20 Tahun di Lima, Peru.
Selepas mempamerkan berjaya melangkah ke final sebagai pasukan kedua terpantas, atas kertas Thailand ternyata memiliki peluang untuk meraih podium.
Permulaan goyah dipamerkan Thailand menyaksikan mereka ketinggalan di awal perlumbaan. Bagaimanapun kehadiran Puripol Boonson, yang memenangi pingat perak dalam acara individu, sebagai pelari terakhir memastikan mereka memintas Perancis di garisan penamat untuk memperoleh pingat gangsa dengan catatan 39.39 saat.
Jamaica meraih emas dengan catatan masa 39.18s manakala perak milik Great Britain (39.20s).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Olahraga #Puripol Boonsoon
;