SUKAN LAIN
Kejohanan Olahraga Dunia: Azeem Fahmi buru slot ke Sukan Olimpik
Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi, berada di tahap terbaik untuk memburu had kelayakan Sukan Olimpik Paris, bawah 10 saat menjelang Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, Hungary, Sabtu ini.
Azeem bakal beraksi pada peringkat kelayakan kedua 100 meter, pelari berusia 18 tahun itu akan turun selaku pelari yang memiliki catatan peribadi terbaik kelayakan itu dengan 10.09 saat.
Dua pelari terbaik setiap peringkat kelayakan akan layak ke peringkat saringan pertama, dengan catatan terbaik Azeem musim ini ialah 10.11 saat pada kejohanan di Amerika Syarikat, Mei lalu.
Iklan
Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam 100m Kejohanan Dunia ialah menerusi Azmi Ibrahim di Sweden 1995 disusuli Watson Nyambek sebanyak dua kali, di Greece 1997, dan Sepanyol 1999.
"Ini merupakan persiapan terbaik untuk menghadapi Sukan Asia bulan hadapan. Setiap persiapan berada di tahap terbaik dan berharap untuk membawa pulang pingat buat negara," kata Azeem menerusi Nadi Arena.
"Ketika ini, saya tidak mengalami sebarang kecederaan dan berharap untuk mencipta sesuatu buat kontinjen negara."
Must-Watch Video