SUKAN LAIN
Kejohanan Olahraga Asia: Rizzua Haizad sasar perbaharui catatan terbaik
Atlet 110 meter lari berpagar negara, Mohd Rizzua Haizad, menyasarkan peluang untuk memperbaharui catatan peribadi terbaiknya di Kejohanan Olahraga Asia yang dijadualkan berlangsung di Bangkok, Thailand 12 Julai ini.
Pemenang pingat emas Sukma 2018 itu percaya dengan persiapan rapi yang dilakukannya, ditambah bebas dari sebarang kecederaan, tidak mustahil untuknya mencapai hasrat tersebut.
Untuk rekod, di Kejohanan Terbuka Taiwan Mei lalu, Rizzua berjaya meraih catatan peribadi terbaik dengan rekod masa 13.86 saat.
Iklan
Dan ketika ditanya mengenai sasaran untuk baki kalendar 2023, Rizzua tekad untuk mencipta catatan baru di setiap kejohanan yang akan disertainya.
Andre Anura memperoleh peluang untuk menjalani latihan bersama juara Eropah, Maxx Hess, malah jaguh lompat kijang negara itu turut meraih pingat perak dalam Kejohanan Piala Flanders 2023 di Bbelgium.
Pemenang dua pingat emas Sukan SEA itu bagaimanapun ternyata tidak berpuas hati dengan rekod yang dicapai, selain percaya dapat mempersembahkan lompatan yang lebih baik di kejohanan seterusnya.
Kini fokus Andre tertumpu kepada persediaan ke Kejohanan Trek dan Padang Asia di Bangkok nanti.
Must-Watch Video