Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia: Petinju muay thai negara terus butir pingat emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

muaythai23.jpg
Kejayaan menjadi penyuntik semangat Putra Abdullah Mahmoud untuk menggegar pentas Sukan Malaysia (Sukma) selepas mengungguli acara bawah 57 kilogram, menewaskan atlet Kazakhstan, Aitkabyl Yerlan di pentas akhir Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia, sebentar tadi.

Putra turut berkongsi hasrat menguji tahap kemampuannya selepas pengalaman bertanding dengan atlet luar negara. 

Manakala penantian lima tahun berakhir buat Muhammad Johan Ghazali Zulfikar yang muncul juara kategori 14 dan 15 tahun ke bawah 60 kilogram.

Detik manis yang beremosi itu menyaksikan Johan meraikan kepuasan susulan menewaskan Rustam Yunusov dari Persekutuan Persatuan Muaythai Antarabangsa di final.

Namun hasrat atlet kelahiran Sarawak, Texas Jeremy Lo untuk berkongsi kejayaan sama tidak kesampaian, dia terpaksa akur hanya berjaya memperolehi pingat perak di aksi final selepas tewas di tangan Sarkhan Alberov dari IFMA.
 

Advertisement

Must Watch Video