Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia: Malaysia peroleh pingat emas pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

muaythai5.jpg
Atlet muay thai muda negara, Raisya Umairah Muhammad Fitri Azizi, berjaya merangkul emas sulung buat Malaysia di Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia hari ini.

Ini menyaksikan Raisya meraikan kejayaan menyumbang pingat emas dalam penampilan pertama di pentas antarabangsa selepas menewaskan Raja Izara Sofea Raja Anuar di aksi akhir 8 ke 9 tahun bawah 25 kilogram.

Sementara itu, tiga lagi atlet muay thai negara mengenai persiapan sebelum berentap di pentas akhir.

Atlet berkenaan adalah Putra Abdullah Mahmoud dalam kategori 16 ke 17 tahun bawah 57 kilogram, Texas Jeremy Lo (12 ke 13 tahun bawah 48 kilogram), dan Muhammad Johan Ghazali Zulfikar (14 ke 15 tahun bawah 60 kilogram), tiga atlet itu akan beraksi di pentas akhir pada Sabtu ini.
 

Advertisement

Must Watch Video