Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia: Insyad tekad buru kejuaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

muayhati.jpg
Atlet muay thai negara, Insyad Rumijam, menaruh harapan kepada kepantasan dan kombinasi pukulan bagi meraih gelaran juara Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia Jumaat ini.

Ini disebabkan perbezaan fizikal Insyad dan atlet-atlet negara lain seperti Thailand, Russia dan Belarus yang mempunyai fizikal badan lebih besar.

Insyad turut mengakui bahawa disebabkan ini kategori baru iaitu 48 kilogram ke bawah, dia tidak mahu tampil terlalu yakin pada kejohanan tersebut walaupun merupakan naib juara 2021.

"Persiapan agak baik. Buat masa ini, kami memberikan tumpuan kepada kepantasan, stamina, fizikal dan melakukan latihan bebanan," kata Insyad. 

"Teknikal, kombinasi dan kepantasan menjadi bekalan saya bagi kejohanan kali ini."

Advertisement

Must Watch Video