Dua atlet muaythai negara, Putra Abdullah Mahmoud dan Muhammad Johan Ghazali Zulfikar mengesahkan slot ke saingan akhir Kejohanan Remaja Dunia Muay Thai.
Ini selepas Putra menewaskan Lev Popov dari Persekutuan Persatuan Muaythai Antarabangsa (IFMA) 1 di aksi separuh akhir kategori 16 ke 17 tahun bawah 57 kilogram.
Bagaimanapun, Putra menyatakan kurang berpuas hati dengan prestasinya dan menyasarkan prestasi lebih baik dalam aksi akhir Sabtu ini.
"," kata Putra.
Selain {utra, rakan senegaranya, Muhammad Johan turut menepati ramalan apabila meneruskan kemaraan ke saingan akhir selepas menewaskan atlet Poland, Antoni Wieczkowski dalam aksi separuh akhir 14 ke 15 tahun bawah 60kg .
Malangnya, nasib tidak menyebelahi adiknya, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar yang tewas kepada atlet Amerika Syarikat, Zachary Zelinsky di saingan separuh akhir 12 ke 13 tahun bawah 40kg.
Mikail menyalahkan dirinya tidak mempamerkan prestasi terbaik, dan tekad mahu kembali lebih cemerlang pada musim depan.
Manakala Insyad Rumijam turut berkongsi rasa kecewa selepas tewas di tangan atlet Thailand, Thawichai Phutphrao dalam aksi separuh akhir 14 ke 15 tahun bawah 48kg.
Ammar Hakim
Tue Aug 16 2022