Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Memanah Para Dunia: Marzuki harap Suresh berjaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

s-suresh.jpg
Jurulatih skuad memanah para negara, Marzuki Zakaria, berharap S. Suresh dapat menempah slot automatik ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020. 

Keyakinannya itu hadir selepas Suresh meraih pingat perak perseorangan recurve dalam Kejohanan Memanah Antarabangsa Fazza di Dubai, bulan lalu.

Skuad memanah para negara berlepas ke Amsterdam, semalam bagi menghadapi Kejohanan Dunia, bermula Isnin ini.

Ia juga sebagai misi untuk merebut slot kelayakan ke Tokyo 2020.

Selain itu, Marzuki turut meluahkan kerisauannya mengenai cuaca sejuk dan angin kencang yang akan menjadi cabaran buat atlet negara. 

"Selepas memenangi pingat perak di Dubai, ia membuktikan bahawa Suresh berada di landasan yang tepat menjelang Kejohanan Dunia.

"Kami meletakkan dia sebagai salah seorang atlet yang akan layak secara automatik ke Tokyo," katanya.

Sementara itu, Suresh menganggap kejayaannya di Dubai itu sebagai pembakar semangat untuk mengharumkan nama negara dalam Kejohanan Dunia. 

"Saya yakin saya mampu untuk mendapatkannya kerana berdasarkan pemerhatian saya, lawan yang akan saya temui semuanya setaraf dengan saya.

"Selepas mendapat pingat perak, saya betul-betul yakin boleh layak ke Tokyo," katanya.

Advertisement

Must Watch Video