Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Memanah Dunia: NAAM belum ada senarai pemanah recurve

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

memanah-recurve.jpg
Keputusan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) menangguhkan pengumuman pemanah recurve yang akan mewakili negara dalam Kejohanan Memanah Dunia di 's-Hertogenbosch, Belanda, Jun ini, ada hikmahnya.

Ia memberikan lebih masa buat Pengarah Kejurulatihan Skuad Kebangsaan, Lee Jae-hyung, untuk membentuk pasukan terbaik yang akan memburu tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Keputusan penangguhan itu dilakukan selepas mendapat persetujuan Jae-hyung.

Ia bagi memastikan Malaysia menghantar enam pemanah terbaik (masing-masing tiga pemanah lelaki dan wanita) bagi acara recurve kerana enam pemanah compound sudah dimuktamadkan.

Senarai penuh pemanah yang sepatutnya dikeluarkan Jumaat ini, akan dimuktamadkan selepas Siri Piala Dunia pertama di Shanghai, China, bulan depan.

Ia dilihat penting kerana Kejohanan Dunia menawarkan lapan tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Kami sudah memiliki barisan pemanah compound dan bagi recurve pula, ia akan disenaraikan selepas kejohanan di Shanghai.

"Tiga pemanah lelaki dan tiga pemanah wanita akan mewakili negara dalam Kejohanan Dunia," katanya.

Advertisement

Must Watch Video