Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Memanah Asia: Juwaidi Mazuki tamatkan penantian 10 tahun negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

juwaidi-mazuki-asia-bronze.jpg
Pemanah negara, Juwaidi Mazuki, memenangi pingat gangsa acara compound individu lelaki dalam Kejohanan Memanah Asia di Dhaka, Bangladesh sebentar tadi.

Juwaidi mempamerkan panahan terbaiknya untuk menewaskan lawan nombor 17 dunia dari Korea Selatan, Kim Jong-ho, 148-147 dalam penentuan berkenaan.

Kejayaan itu turut menyaksikan skuad compund negara menamatkan penantian pingat 10 tahun dalam Kejohanan Asia, yang kali terakhir dimenangi dalam acara berpasukan wanita menerusi pingat gangsa disumbangkan Saritha Cham Nong, Nor Rizah Ishak dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh pada 2015.

Ia juga merupakan persiapan terbaik buat Juwaidi sebelum mewakili negara dalam Sukan SEA Thailand bulan depan.

 

Advertisement

Must Watch Video