KRIKET
Kejohanan Liga Kriket Dunia 2017: Malaysia dalam usaha perbaiki ranking dunia
Kejohanan Liga Kriket Dunia 2017 di Uganda, bulan depan perlu diambil serius barisan pemain kriket negara bukan sahaja untuk memperbaiki ranking dunia, malah turut menjadi persiapan menjelang Sukan SEA, Ogos depan.
Skuad negara kini di kedudukan ke-23 dunia dan dalam misi mempertaruhkan aksi di pentas liga dunia untuk berada sekurang-kurangnya di ranking 18 terbaik.
Saingan yang bakal berlangsung pada 21 Mei itu tidak terkecuali menjadi sebahagian medan persiapan buat barisan pemain dalam menguji kemampuan sebelum beraksi di pentas Sukan SEA.
Iklan
Mohd Syafiq Mohd Sharif selaku pemain senior menyifatkan mereka berada di landasan tepat ketika ini dengan jadual latihan yang begitu padat.
"Kami akan Kenya terlebih dahulu sebelum ke Uganda. Kami juga akan membawa beberapa pasukan ternama seperti India dan Sri Lanka untuk beraksi di Malaysia," katanya.
Presiden Persatuan Kriket Malaysia (MCA), Mahinda Vallipuram, turut mengesahkan kehadiran penolong jurulatih, Chew Pok Cheong, yang bakal bekerjasama dengan ketua jurulatih, Bilal Asad, untuk Sukan SEA.
Jurulatih dari Sarawak itu bakal memulakan tugas pada Khamis ini.
"Beliau merupakan bekas pemain Malaysia dan memiliki pengalaman luas di dalam sukan ini," jelas Mahinda.
Must-Watch Video