Selepas prestasi kurang memuaskan di Kejohanan Menembak Dunia di Munich, Jerman, trio lelaki negara iaitu Johnathan Wong, Cheah Zen Hong dan Wan Muhd Syafiq Wan Mustaza kembali ke tanah air dengan misi baru sebelum terbang semula ke Kazakhstan pada Ogos depan bagi mengharungi Kejohanan Asia nanti.
Jurulatih skuad negara, Faiz Firdaus Abdul Rahim, meletakkan nama trio itu sebagai sandaran utama dalam Kejohanan Menembak Kebangsaan yang akan menyingkap tirainya bermula Rabu kerana mengambil kira potensi besar dimiliki untuk dijadikan sebagai penanda aras kepada penembak muda.
Dia turut menegaskan meskipun pentas kebangsaan itu dianggap sebagai platform pemanas badan buat penembak negara sebelum bertanding dalam mana-mana temasya besar, namun ia tidak boleh dipandang enteng kerana penilaian piawaiannya menepati standard kejohanan antarabangsa.
"Untuk penyertaan Kejohanan Kebangsaan tahun ini adalah kejohanan selepas prestasi kurang baik di Munich.
"Jadi penampilan esok adalah (persediaan) bagi ketiga-tiga atlet ini bagi Kejohanan Menembak ASEAN nanti untuk acara berpasukan.
"Persiapan setakat ini berjalan lancar dan baik, saya berharap atlet baru (Cheah Zen Hong dan Wan Muhd Syafiq Wan Mustaza) dapat mengikut Jonathan dengan lebih rapat lagi." katanya.