Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Kebangsaan BMX Freestyle pentas cungkil bakat muda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bmx.jpg
Bertempat di Arena Skatepark MBPJ, penganjuran Kejohanan Kebangsaan BMX Freestyle adalah hasil jalinan kerjasama PKBM dan Majlis Sukan Negeri Selangor bertujuan untuk mencari kelompok besar bakat muda untuk diketengahkan khususnya di Sukma Selangor 2026.

Paling mencuri tumpuan adalah kelincahan Nur Airen Sofea di sebalik wajah dan perwatakan feminin.

Sofea baru berusia 17 tahun, namun memiliki potensi besar dalam sukan BMX.

Ini kerana, Sofea merupakan juara bertahan BMX kategori flatland dua tahun berturut-turut bagi edisi 2023 dan 2024.

Ternyata Sofea berada di kelas tersendiri apabila melebarkan dominasinya buat tahun ketiga sekaligus meraih kejuaraan hatrik BMX flatland.

Menambah keceriaan Sofea selaku juara Kejohanan Kebangsaan 2025 ialah, kini dia layak mewakili Malaysia di Kejohanan Basikal BMX Asia di Jepun.

Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi, peribahasa itu sesuai diguna pakai buat Sofea yang meneruskan legasi ayahnya, Mohd Nor Aszeril yang merupakan bekas atlet BMX negara sekitar tahun 2004.

Advertisement

Must Watch Video