Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Karate K1: Shahmalarani butir emas pertama negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shahmalarani.jpg
Ratu karate, C. Shahmalarani, membutirkan pingat emas pertama negara dalam Kejohanan Karate K1 Series A di N9 Arena, Nilai hari ini. 

Shahmalarani mempamerkan aksi memukau dalam final kumite wanita B-50 kilogram, di mana dia menewaskan lawan dari Jerman, Shara Hubrich, 5-1 untuk bergelar juara.

Ia melengkapkan kejuaraan hatriknya selepas turut memenangi emas dalam edisi di Jakarta 2022 dan Larnaca 2024.

"Saya hanya fokus kepada prestasi. Benar saya merupakan juara bertahan tetapi peserta dalam kejohanan ini bukan calang-calang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.

"Mereka merupakan petarung bertaraf dunia, bahkan nombor satu dunia juga berada di sini.

"Lawan saya dalam final merupakan pemenang pingat perak Kejohanan Dunia, jadi setiap pusingan amat penting."

 
Takraw

NIKE 15% OFF

Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 15% eksklusif!


Klik Sini Sekarang

Advertisement

Must Watch Video