KARATE
Kejohanan Karate K1: Medan Shahmalarani perbaiki prestasi -- Sharmendran
Jurulatih skuad karate kebangsaan, R. Sharmendran menyifatkan kekalahan wakil tunggal negara, C. Shahmalarani di suku akhir Kejohanan Karate K1 Premier League sebagai medan peluang untuk memperbaiki prestasi dengan tahap kompetitif tertinggi.
Tambahnya, berada di pentas Premier League menjadi bukti bahawa Shahmalarani kini berada di landasan terbaik kerana hanya atlet yang berada dalam kelompok 32 terbaik dunia sahaja layak bertanding di kejohanan tersebut.
"Pengalaman cukup berharga, inilah tahap saingan dalam Kejohanan Dunia di Kaherah nanti," katanya Sharmendran.
Iklan
Kemenangan peringkat kumpulan turut memberi kelebihan buat Shahmalarani untuk melonjakkan kedudukannya dalam kelompok 10 terbaik dunia, sekaligus menawarkan slot layak secara automatik ke Kejohanan Dunia Kaherah, Mesir yang dijadual berlangsung pada 27 November.
Dalam memastikan prestasi cemerlang mampu diteruskan, atlet berusia 27 tahun itu akan menyertai empat lagi Kejohanan Premier League tahun ini, termasuk di China, Tunisia, dan Maghribi.
"Saya mahu memberikan tumpuan kepada saingan Kejohanan Asia terlebih dahulu, cuba untuk memastikan ramai atlet negara berada dalam kedudukan podium," katanya lagi.
Must-Watch Video