Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Kanu Whack The Wave Challenge!: Tiga bekas juara dunia warnai saingan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

emir-jalal.jpg
Tiga bekas juara dunia bakal mewarnai Kejohanan Antarabangsa Whack The Wave yang akan berlangsung 7 hingga 11 September ini.

Setakat ini, sebanyak 200 peserta telah mendaftar untuk perlumbaan lima peringkat ini dan 180 daripada angka itu merupakan atlet Malaysia.

Perlumbaan itu bakal menyaksikan atlet-atlet kanu berlumba sejauh 14 hingga 20 kilometer bagi setiap peringkat.

"11 negara yang bakal mengambil bahagian dalam saingan kali ini," kata Ketua pegawai eksekutif Stagemaker, Emir Abdul Jalal.

"Walaupun saingan ini tidak menghadirkan kutipan mata, tetapi tiga bekas juara dunia bakal mengambil bahagian untuk memburu kejuaraan."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video