Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Kano Polo Asia ke-19: Malaysia miliki peluang cerah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kano-polo.jpg
Malaysia mempunyai peluang cerah untuk menambah koleksi pingat di Kejohanan Kano Polo Asia ke-19. 

Pada edisi lalu di Singapura, skuad negara mengutip satu perak dan satu gangsa, melalui pasukan bawah 21 wanita dan lelaki.

Edisi kali ini untuk kategori bawah 21 wanita, diketuai Azlyn Farhana, Malaysia berjaya menang dalam dua perlawanan menentang China dan Singapura namun tumpas kepada Chinese Taipei. 

Bagaimanapun, pasukan negara masih layak ke separuh akhir dan akan sekali lagi bertemu china. 

Manakala pasukan bawah 21 lelaki, diketuai Qaishy Irfan Rasidi, melangkah ke separuh akhir selepas mengatasi Hong Kong 6-3 di suku akhir. 

Lebih manis, Malaysia memenangi semua aksi kumpulan menentang Jepun, Thailand dan China, serta berpotensi bertemu Iran di separuh akhir.
 

Advertisement

Must Watch Video