Skip to main content

Hoki

Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki: Prestasi skuad negara di tahap memuaskan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki.jpg
Menjelang Kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja 2023 di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung 5 hingga 16 Disember ini, semestinya pelbagai persiapan dan persediaan sudah pun berada pada tahap terbaik.

Termasuklah persediaan skuad remaja negara bawah bimbingan ketua jurulatih, Amin Rahim yang kini pada tahap memuaskan walaupun mempunyai beberapa pemain yang mengalami kecederaan ringan.

Dia yang ditemui di satu sesi sidang media Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja bersama presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Datuk Sri Subahan Kamal, teruja dengan kedatangan Christopher Ciriello bagi membantu skuad bimbingannya.

"Kami di landasan terbaik, berdasarkan daripada segi keputusan yang diperoleh, kami telah memberikan persembahan yang positif," kata Amin menerusi Nadi Arena.

"Sememangnya setiap kelebihan yang dapat dipertingkatkan amat penting buat pasukan.

"Kehadiran Ciriello cukup baik bagi meningkatkan lagi kemampuan pasukan ketika menghadapi kejohanan."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video