Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Hoki Piala Asia 2025: Malaysia belasah Chinese Taipei

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-15-0.jpg
Selepas cemerlang mencatat dua kemenangan ke atas Bangladesh dan Korea Selatan, The Speedy Tigers turun dalam aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Chinese Taipei yang berkesudahan 15-0.

Anak buah Sarjit Singh turun dengan motivasi tinggi untuk mencapai sasaran layak ke final jelas memperagakan corak permainan yang mantap, suku pertama perlawanan gandingan Ashran Hamsani bersama Akhimullah Anuar Esook nyata menjadi watak penting kem The Speedy Tigers untuk mencetak tiga jaringan.

Di suku kedua, Malaysia menambah lima lagi jaringan menerusi gol padang -- Akhimullah mencetak gol kedua peribadi hasil satu gerakan pantas sebelum melengkapkan hatrik menerusi penalti stroke.

Masuk di suku ketiga, skuad negara seperti mahu melepaskan geram dengan menambah empat jaringan lagi dan sekali lagi akhimullah menjadi duri dalam daging buat Chinese Taipei untuk gol ke-12 negara.

Di suku keempat, The Speedy Tigers terus memberi derita buat lawan dengan menambah tiga jaringan lagi untuk keputusan akhir 15-0
 

Advertisement

Must Watch Video