Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Hoki Dalam Air: Malaysia B-19 mara ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki-air-dalam.jpg
Skuad hoki dalam air Bawah 19 tahun negara berjaya mara ke final selepas aksi ajaib ditonjolkan barisan pemain untuk bangkit menewaskan Singapura 3-2.

Ketinggalan kepada Singapura yang berjaya membuat dua jaringan awal, skuad negara sempat merapatkan kedudukan dengan satu jaringan di separuh masa pertama.

Titik perubahan positif buat pasukan negara di separuh masa kedua, apabila menyamakan kedudukan sebelum drama di minit akhir dengan Malaysia berjaya menjaringkan gol kemenangan sekaligus mara ke final.

Itu laungan pemain hoki dalam air bawah 15 tahun negara, Muhammad Khaleel Mohd Nazalman, yang sudah meletakkan sasaran karier lebih jauh di peringkat antarabangsa bersama rakan-rakannya.

Pertama kali mewakili Malaysia dalam sukan dan juga debut di kejohanan bertaraf antarabangsa, menjadi satu pengalaman tidak boleh dilupakan Khaleel.

Yang pasti, atlet muda negara itu adalah pelapis terbaik dalam mencorak perjalanan skuad hoki dalam air negara pada masa hadapan nanti.
 

Advertisement

Must Watch Video