GOLF
Kejohanan Golf Wanita Poh Kong: Merina Gan optimis saingan bakal sengit
Pengerusi Women In Golf Charter (WIGC), Datuk Merina Gan, menyifatkan Kejohanan Bersiri Golf Wanita Poh Kong bakal menjadi pentas terbaik buat pemain golf wanita dalam mempamerkan kebolehan beraksi secara kompetitif untuk edisi kedua yang dianjurkan oleh Persatuan Golf Malaysia (MGA) pada edisi kali ini.
Kejohanan itu dijadualkan bakal berlangsung bermula 3 julai 2024 di Kuala Lumpur Golf & Country Club bagi saingan pertama dan saingan kedua bakal bermula pada 15 Oktober di Horizon Hill Golf & Country Club dengan penyertaan dianggarkan seramai 120 peserta.
Walaupun tiada penyertaan daripada pemain golf kebangsaan dalam edisi kedua ini, namun presiden itu menjanjikan persaingan yang lebih sengit dalam edisi kali ini.
"Pada tahun lepas kami menerima penyertaan penuh, kami mempunyai senarai menunggu sekitar 60 hingga 80 pemain dalam setiap kategori.
"Saya percaya dengan bantuan semua orang kami akan berjaya dimana melebihi 120 penyertaan peserta atau lebih akan turut serta.
"Kebanyakkan pemain kebangsaan sibuk bermain dalam kejohanan lain di peringkat antarabangsa di dalam dan luar negara." katanya.