Pemain Golf Amatur, Amelia Lee, membuktikan biarpun baru sahaja berusui 14 tahun, namun dia berjaya menggegarkan Kejohanan Poh Kong Ladies Golf Series 2 apabila dinobatkan selaku juara secara keseluruhan.

Dia cemerlang menundukkan dua lagi pencabar utama dari Korea dan Thailand, Seongsoon Kim dan Datin Vilaiwan Phakdee Pan Soon.

Amelia berjaya mencatatkan 43 mata secara keseluruhan dengan memperoleh 7 par, 6 boogey, 3 double boogey dan 1 triple boogey.

"Saya rasa hanya berlatih kerana jika berlatih dengan banyak dan mendapatkan banyak penggalaman melalui kejohanan mampu membantu diri saya.

"Saya ingin menjadi seperti Ashley Lau suatu hari nanti.

"Semestinya berlatih lebih banyak dan mengikuti lebih banyak kejohanan untuk mendapatkan lebih banyak penggalaman." katanya.