Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Golf Jemputan Remaja 2025 platform terbaik pemain muda serlah bakat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mga.jpg
Pemain muda negara digesa untuk menyerlahkan potensi sebenar ketika Kejohanan Golf Jemputan Remaja yang bakal berlangsung dari 20 hingga 22 Mei ini, bagi melayakkan mereka dipilih mewakili negara ke Sukan Sea 2025 di Thailand, hujung tahun ini.

Menerusi kenyataan Setiausaha Kehormat Persatuan Golf Malaysia (MGA), Datuk Zulkifli Ismail, ketika majlis perasmian kejohanan tersebut hari ini, beliau menyatakan hasrat ingin melihat kredibiliti pemain diserlahkan menuju ke peringkat tertinggi.

Selain untuk menggilap bakat pemain, kejohanan itu turut menjadi platform terbaik bagi bakat muda memperoleh pendedahan antarabangsa serta pengalaman pertandingan yang kompetitif.

Syarat kelayakan bagi pemain yang bakal dipilih mewakili negara ke Sukan Sea 2025 adalah mengikut perkiraan 'stroke average' serta kedudukan dalam senarai golf amatur dunia.

Kejohanan selama tiga hari yang menggunakan format 'stroke play' 54 lubang itu merangkumi empat kategori utama, iaitu lelaki dan wanita (16-18 tahun), serta lelaki dan wanita (B-15).

Setakat ini, beberapa pemain muda wanita yang telah disenarai awal bagi mewakili negara ke Sukan SEA ialah Mirabel Ting dan Jeneath Wong.
 

Advertisement

Must Watch Video