Gimnas muda negara, Rayna Hoh, berada di landasan tepat menjelang Sukan Olimpik Remaja 2018 apabila meraih pingat gangsa acara individu all-around dalam Kejohanan Gimrama Asia di Arena Axiata, hari ini.
Tatkala Rayna tidak menjangka mampu layak ke Sukan Olimpik Remaja, tuah masih memihak kepadanya apabila meraih gangsa selepas mencatat 54.550 mata secara keseluruhan.
Dia yang beraksi bagi empat apparatus, iaitu gelung, bola, belantan dan reben, berada di belakang dua gimnas dari Uzbekistan, Fetisova Ekaterina dan Lola Zakirova, yang meraih tempat pertama dan kedua.
Gimnas berusia 15 tahun itu mempamerkan persembahan memukau bagi apparatus gelung dan bola sebelum sedikit kesilapan berlaku dalam aksi belantan yang sememangnya sering memberi masalah kepada Rayna dalam latihan.
"Saya tidak dapat mempersembahkan aksi terbaik. Saya tidak melihat gelung dengan teliti sehingga terjatuh," katanya.
Rayna ingin meneruskan momentum terbaik bagi acara apparatus individu pula esok untuk cuba meraih pingat selain perlu lebih fokus agar tiada lagi kesilapan kecil berlaku yang boleh menjejaskan kutipan matanya.
"Saya harus meningkatkan aksi kerana setiap perkara mampu dilakukan dengan lebih baik. Tiada apa yang sempurna, jadi saya perlu berusaha lebih keras," ujarnya.