Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022, atlet gimnastik negara, Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam, melakar sejarah apabila merangkul pingat sulung negara di Kejohanan Gimnastik Artistik Lelaki Asia 2024 di Tashkent, Uzbekistan semalam.

Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang jaguh dari Filipina Carlos Yulo (14.883 mata) dan atlet tuan rumah Abdulaziz Mirvaliev (14.783 mata) yang masing-masing mengutip pingat emas dan perak.

Bagaimanapun, kejayaan manis tersebut tidak cukup untuk melayakkan Muhammad Sharul meraih slot Sukan Olimpik 2024 di Paris dijadual berlangsung dari 26 Julai-11 Ogos.