Skip to main content

Futsal

Kejohanan Futsal AFF: Perjalanan skuad negara berakhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

277526164_673569530382953_1068892476220354461_n.jpg
Harapan Malaysia untuk mara ke separuh akhir Kejohanan AFF Futsal 2022 tidak kesampaian susulan kekalahan 4-2 di tangan tuan rumah, Thailand, sebentar tadi.

Indonesia yang merakamkan kemenangan bergaya 11-2 ke atas kemboja memastikan kemaraan ke separuh akhir apabila menamatkan saingan Kumpulan A di tempat kedua.

Dua lagi pasukan yang mengintai peluang ialah antara Malaysia dan Thailand di mana Thailand berkelebihan satu mata bermakna Malaysia hadir ke dalam perlawanan dengan misi wajib menang.

Menyedari kehandalan Thailand, Malaysia turun dengan fokus lebih terarah kepada benteng pertahanan.

Namun kem serangan negara berjaya menghadirkan cemas buat tuan rumah apabila percubaan Ekmal Shahrin yang menggegar palang Thailand.

Bagaimanapun, Thailand berjaya memimpin perlawanan apabila membuka jaringan menerusi Tanapol Maneepetch pada minit ketujuh.

Skuad kendalian Chiew Chun Yong bagaimanapun berjaya kembali menyamakan menerusi jaringan Farhan Khairul Anuar lima minit kemudian.

Selepas menerapkan corak permainan bertahan hingga tamat separuh masa pertama, Malaysia berjaya mencuri peluang apabila mendahului 2-1, sekali lagi menerusi jaringan Farhan.

Enggan mengecewakan penyokong yang hadir apabila bangkit dengan dua gol yang disempurnakan oleh Sarawut Phalaphruek membenarkan mereka mendahului 3-2.

Dalam usaha Malaysia mendapatkan gol penyamaan, mereka dihukum dengan jaringan keempat Thailand sekaligus menamatkan perjalanan mereka dalam saingan kali ini.

Advertisement

Must Watch Video