Skuad futsal Malaysia berjaya bangkit daripada episod dimalukan jiran nusantara Indonesia semalam dalam saingan Kejohanan Futsal AFF apabila merekodkan 10-0 ke atas Brunei.
Skuad kendalian Chew Chun Yong berjaya menghidupkan semula harapan layak ke separuh akhir selaku dua pasukan teratas kumpulan.
Ia turut dibantu keputusan antara Indonesia dan Thailand dalam satu lagi perlawanan kumpulan A.
Justeru perlawanan terakhir peringkat kumpulan 6 April ini menjadi titik tolak kepada peluang skuad negara untuk mara ke separuh akhir.
Namun sebelum menang ke atas Brunei, skuad futsal negara tampak sukar menembusi gawang lawan.
Di sebalik banyak kekasaran yang dilakukan Malaysia, skuad negara akhirnya berjaya memperolehi gol pertama menerusi Muhammad Ekmal Shahrin pada minit kelapan.
Corak permainan Malaysia berubah selepas itu, Brunei pula lebih banyak bertahan.
Malaysia memperoleh gol kedua menerusi gol sendiri pemain Brunei, Jumatatul Al-Ehshan pada minit ke-18.
Bersambung babak kedua, skuad negara semakin berbisa, Malaysia menambah lapan lagi gol untuk menambah derita Brunei.
Bermula dengan dua gol Sufri Ismail dalam tempoh seminit, diikuti enam lagi gol yang dijaringkan sehingga minit ke-38.
Kemenangan besar itu jadi pemangkin untuk membawa Malaysia ke separuh akhir dan juga tiket untuk layak ke Piala Asia Kuwait.