Skip to main content

Futsal

Kejohanan Futsal AFF: Impian Sufri wakil negara tercapai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sufri.jpg
Pivot skuad futsal negara, Sufri Shamil, menganggap tindakannya meninggalkan bola sepak sebagai keputusan tepat.

Ini kerana ia adalah impiannya sejak kecil untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa, sekali pun dalam arena futsal.

Sufri yang mewakili Negeri Sembilan dalam Liga Perdana Futsal Kebangsaan musim ini antara tujuh muka baru dalam skuad negara ketika ini.

Bakal menggalas tugas di bahagian serangan, Sufri tekad untuk membantu Malaysia menjuarai Kejohanan AFF di Bangkok, Thailand awal bulan depan.

"Saya sebelum ini bermain bola sepak dan selepas beralih ke futsal, saya dapat mencapai impian mewakili negara," katanya ketika ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Saya akan cuba melakukan yang terbaik jika diberikan peluang dan berusaha untuk membantu Malaysia memenangi saingan ini."
 

Advertisement

Must Watch Video